ARTIKEL

Permohonan dibuka pada 7 Februari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan tiga lokasi tapak jualan bazar iaitu di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Permohonan tapak jualan sempena bazar Ramadan itu mula dibuka pada 7 Februari ini dari 9 pagi hingga 5 petang dan dapat dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang DBKU.

Semua pemohon diingatkan supaya mengemukakan nombor telefon dan e-mel yang sah, bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan.

Selain itu, pemohon juga dikehendaki untuk memuat naik dokumen lengkap seperti gambar berukuran pasport bagi pemohon dan pembantu gerai atau pekerja; salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu gerai/ pekerja; salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan pemohon dan pembantu gerai/pekerja.

Selain itu, pemohon juga perlu memuat naik salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta Vaksin Kepialu pemohon dan pembantu gerai/pekerja; atau salinan kad pengendali makanan DBKU.

Menurut DBKU, Bazar Ramadan Satok menawarkan sebanyak 94 tapak jualan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu minuman dan makanan, masing-masing RM450 dan kategori panggang dengan kadar RM500.

“Bagi Bazar Ramadan Semarak ia menawarkan 24 tapak jualan dengan kategori minuman empat dan makanan (12) dengan kadar bayaran masing-masing RM300 dan bahagian panggang (8) dengan kadar RM400.

“Sebanyak 116 tapak jualan ditawarkan di Bazar Ramadan Sukma iaitu 20 tapak untuk minuman dan makanan (88) dengan kadar masing-masing RM400 dan untuk jualan panggang (8) dengan kadar RM450,” kata kenyataan itu.

Hanya permohonan yang berjaya dihubungi oleh pihak DBKU melalui telefon atau e-mel untuk membuat pembayaran serta hadir ke sesi taklimat serta cabutan nombor tapak pada 2 Mac ini, bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, dekat sini.

DBKU turut menegaskan bahawa setiap permohonan adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan