ARTIKEL

Permohonan Guan Eng, isteri dan Phang Li Koon untuk batal tuduhan rasuah ditolak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, dan ahli perniagaan Phang Li Koon untuk membatalkan pertuduhan rasuah melibatkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman Rofiah Mohamad dalam penghakiman ringkasnya berkata doktrin autrefois acquit yang dihujahkan pihak pembelaan tidak terpakai kerana tidak memenuhi syarat.

Beliau berkata mahkamah mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara pertuduhan dalam prosiding pertama (pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn) dengan kes hari ini.

“(Perbezaan itu termasuk) dari segi tarikh kesalahan yang dikatakan dilakukan; kedudukan (jawatan tertuduh) semasa kesalahan dikatakan dilakukan; suapan yang dikatakan adalah bagi manfaat pihak yang berbeza, tindakan yang dikatakan dilakukan oleh tertuduh bagi melakukan kesalahan adalah berbeza dan jenis kesalahan juga berbeza.


“Oleh itu, syarat pemakaian doktrin iaitu pertuduhan adalah sama atau melibatkan fakta dan pembuktian yang sama dan seharusnya boleh ditangani dalam prosiding pertama tidak dipenuhi. Terdapat perbezaan besar dalam dakwaan kesalahan yang berlaku. Jadi, kes mesti diteruskan,” katanya.

Pada 26 Mei 2023, Lim, Chew dan Phang memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram atas alasan pihak pendakwaan menggunakan keterangan daripada kes terdahulu membabitkan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn, walaupun beliau dibebas dan dilepaskan pada 2018. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU