ARTIKEL

Permohonan kemasukan prasekolah KPM bermula 1 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi akademik 2025/2026 kini sudah dibuka seperti yang diwar-warkan dalam Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak hari ini.

Tarikh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac sehingga 30 April tahun ini.

Pendaftaran dalam talian boleh menggunakan pautan https://eprasekolah.moe.gov.my

Selain itu ibu bapa atau penjaga boleh juga membuat permohonan secara manual dengan mengambil borang di sekolah yang dipohon bermula dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2024.

Syarat layak permohonan hendaklah kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.