ARTIKEL

Bernama

Permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 dibuka kepada orang awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam.

Menurut hantaran KPM di Facebook rasminya semalam, permohonan dibuka dari 12 Sept hingga 31 Okt ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang pemohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

“Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temu duga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan,” menurut hantaran itu.

Menurut KPM, inisiatif itu merupakan satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 17 Feb lepas.

Antara syarat yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun; mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah, di samping mempunyai pengangkutan sendiri.

Menurut hantaran itu, lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi).

Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).

KPM turut memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my untuk pertanyaan lanjut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan