Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Permohonan pemerhati PRU-15 kini dibuka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Permohonan sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibuka bermula hari ini sehingga 21 Oktober 2022.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan sebagai pemerhati mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sila layari Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemerhati dibenarkan membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya.

“Antaranya ialah proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi serta penjumlahan undi sehingga pengisytiharan keputusan pilihan raya,” ujarnya.

“SPR juga mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang