ARTIKEL

Permohonan petak jualan bazar Ramadan DBKU dibuka 7 Februari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan tiga lokasi tapak jualan sempena bulan Ramadan tahun ini di Satok, Semarak dan Sukma Ria.

DBKU dalam kenyataan berkata, permohonan petak jualan sempena bazar Ramadan itu akan dibuka pada 7 Februari depan dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan di laman sesawang DBKU.

“Semua pemohon diingatkan untuk mengemukakan nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan. 

“Selain itu, pemohon juga dikehendaki memuat naik dokumen lengkap dirinya serta pembantu/ pekerja termasuk gambar berukuran passport; salinan kad pengenalan; serta salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah DBKU, juga perlu dimuat naik salinan laporan pemeriksaan kesihatan berserta suntikan typhoid (vaksin kepialu) pemohon dan pembantu gerai/pekerja; atau salinan kad pengendali makanan DBKU.

“Bazar Ramadan Satok menawarkan sejumlah 94 petak jualan, iaitu 72 bagi kategori makanan dan 18 minuman yang masing-masing pada kadar RM450. Manakala empat petak jualan panggang ditetapkan RM500.

“Bagi Bazar Ramadan Semarak, disediakan sebanyak 24 petak jualan dengan kadar bayaran RM300 masing-masing untuk jualan minuman dan makanan, selain petak jualan panggang dengan kadar RM400. 

“Sementara itu, sebanyak 116 petak jualan ditawarkan di Bazar Ramadan Sukma iaitu 20 petak untuk minuman dan 88 petak untuk jualan makanan dengan bayaran RM400 serta lapan petak untuk panggang dengan kadar RM450,” ujarnya.

DBKU menegaskan, hanya permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui telefon atau e-mel untuk membuat pembayaran dan hadir ke sesi taklimat serta cabutan nombor petak pada 2 Mac (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, dekat sini.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU