ARTIKEL

Permohonan Petronas untuk gantung pendengaran saman terhadapnya diputuskan pada 11 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Feb untuk memutuskan permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi menggantung pendengaran saman yang dikemukakan terhadapnya oleh Pengawal Cukai Jualan Negeri (SST) dan kerajaan negeri Sarawak.

Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kedua-dua pihak dalam kamar hari ini.

Petronas, melalui peguam utama Datuk Malik Imtiaz Sarwar, memohon prosiding itu digantung sementara menunggu rayuan syarikat tersebut di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Chin pada 23 Jan yang menolak permohonannya agar hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar saman itu.

Pengawal SST Sarawak dan kerajaan negeri telah memfailkan writ saman serta tuntutan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi pada 21 Nov 2019 bagi mendapatkan cukai jualan negeri yang belum dibayar oleh syarikat minyak dan gas negara itu kepada Sarawak.

Sementara itu, satu lagi Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 13 Mac untuk memutuskan permohonan Petronas untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan bahawa SST Sarawak yang dikenakan ke atas mereka adalah batal dan tidak sah.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU