ARTIKEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada ‘ 101st Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg, Jerman pada 15 Mac 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY

Permudah Perjanjian Perdagangan Bebas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HAMBURG: Sudah tiba masanya bagi Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghidupkan semula perbincangan berkenaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dengan FTA, Eropah dapat memanfaatkan Malaysia sebagai pintu masuk ke Asia.

“Kami akan mempermudahkan FTA, Eropah dapat memanfaatkan dasar pasaran terbuka yang dipermudahkan menerusi FTA ASEAN, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP),” kata Anwar menerusi ucaptamanya semasa menghadiri acara 101st Ostasiatisches Liebesmahl di Hamburg City Hall, di sini.

Ostasiatisches Liebesmahl merupakan salah satu acara tahunan terpenting yang secara tradisinya berlangsung di sini, bagi meraikan hubungan negara itu dengan Asia yang biasanya dihadiri tokoh terkemuka dari bidang ekonomi, politik dan diplomasi.

Terdahulu semasa di Berlin, Anwar dan Naib Canselor Jerman, Robert Habeck turut berbincang berkenaan FTA.

Malaysia kini sedang menjalankan ‘scoping exercise’ (menilai dan mengenal pasti risiko) dengan EU untuk menentukan jurang kedudukan dan pendirian Putrajaya dan juga blok bagi FTA yang ditangguhkan sejak 2012.

Baca lain  MITI tubuh jawantankuasa bebas, khas indsutri besi dan keluli

Perdana Menteri berkata, Malaysia bukan sahaja terbuka menerima perniagaan tetapi juga bersedia untuk bekerjasama, berinovasi dan bekerjasama dalam usaha niaga berkualiti tinggi yang sejajar dengan matlamat negara dan tanggungjawab global.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut mengambil peluang untuk membicarakan berkenaan kerangka Ekonomi MADANI yang mencerminkan komitmen negara untuk memacu Malaysia ke arah menjadi ekonomi utama di Asia serta memacu pembangunan yang mampan dan inklusif.

Beliau berkata, kerangka ekonomi itu membayangkan masyarakat yang berkongsi kemakmuran, mendukung integrasi ASEAN yang lebih kukuh serta membangunkan Malaysia sebagai kuasa utama serantau.

“Menyokong kerangka ekonomi ini adalah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang bertujuan untuk menggiatkan semula landskap perindustrian Malaysia, memfokuskan pada nilai tambah, pembuatan canggih dan pelaburan berimpak tinggi,” kata beliau.

Manakala Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) pula, kata beliau, adalah perancangan terhadap penjagaan alam sekitar yang menggariskan strategi komprehensif untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Dari segi geopolitik, beliau berkata, perlu ditekankan bahawa pendirian berkecuali menjadikan Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan Timur dan Barat.

Baca lain  Kontraktor, penyedia perkhidmatan digesa patuhi garis panduan keselamatan

Anwar berkata selain hubungan kukuh dengan Jerman dan Eropah, Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan China, Jepun, Korea, India dan Australia.– Bernama

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,