Trending

Permudahkan prosedur permohonan lesen bagi industri sarang burung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berikrar untuk membantu memperkemaskan industri sarang burung.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak kerajaan akan menyelaras usaha dengan agensi berkaitan bagi membantu peniaga sarang burung.

Dalam pada itu, pengusaha tidak berlesen diminta menyelesaikan proses permohonan lesen bagi memastikan semua sarang burung dijual mengikut garis panduan.

Katanya, selain memastikan keselamatan kepada pengguna, langkah ini juga bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan peniaga.

“Sebaik sahaja peniaga menjadi sah, kami menjangkakan kejadian kurang menyenangkan yang menyaksikan bekalan bernilai RM3 juta dirampas dapat dielakkan bagi menghentikan lebih banyak kerugian yang tidak perlu.

“Maklum balas dan aduan daripada pengusaha sarang burung walit semuanya tertumpu kepada proses yang panjang untuk mendapatkan permit bagi rumah burung tersebut.

“Perkara sebegini menyebabkan banyak perniagaan seumpama itu di Sarawak beroperasi tanpa permit,” katanya yang merujuk kepada kes di mana stok sarang burung bernilai RM3 juta telah dirampas oleh pegawai penguatkuasaan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) di Sibu baru-baru ini.

Abu Bakar menyeru kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melihat dan menyemak semula proses permohonan bagi memudahkan dan menyelaraskannya serta memendekkan masa kelulusan.

Pada masa yang sama pihaknya akan membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan kes rampasan sarang burung berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara dan agensi penguatkuasaan lain yang terlibat.

“Penyimpanan dan penjagaan bekalan sarang burung perlu dikendalikan dengan teliti untuk mengelak lebih banyak kerugian, mempercepatkan prosedur permohonan pemulangan, akan mengelak lebih banyak perkembangan yang tidak menyenangkan.

“Jika bekalan ini hilang disebabkan kelewatan prosedur, peniaga ini akan menanggung kerugian yang lebih berat,” ulasnya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru