Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Permudahkan urusan rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
FOTO:FB

MELETUSNYA pandemik Covid-19 di Malaysia pada 2020 bukan sahaja mengubah gaya hidup masyarakat namun membawa perubahan ketara kepada corak kehidupan yang mengoptimumkan penggunaan teknologi.

Jika sebelumnya masyarakat lebih selesa dengan proses tradisional, secara sekelip mata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah titik tolak menjadikan konsep kehidupan rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja secara sepenuh masa atau tidak meneruskan urusan kerja harian secara maya.

Di Sarawak, langkah awal Kerajaan Negeri merealisasikan ekonomi digital iaitu membangunkan S Pay Global (sebelum ini dikenali Sarawak Pay) kini menjadi antara inisiatif paling berjaya dan menjadikan orang ramai lebih memilih transaksi dalam talian.

Malah, Kementerian Pengangkutan baru-baru ini juga telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi perlu menampal pelekat cukai jalan untuk kenderaan peribadi mereka ataupun mencetak lesen kenderaan secara fizikal.

Pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) danLMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Kebenaran itu diberikan susulan program pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyediakan aplikasi khas, MyJPJ untuk membolehkan orang ramai memuat naik Lesen Kenderaan Motor (LKM – pelekat cukai jalan) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Sememangnya ia memudahkan rakyat terutamanya golongan muda kerana ia menjimatkan masa mereka dan senang dibawa ke mana-mana sekali gus mudah bagi mereka yang sentiasa lupa untuk membawa lesen ketika keluar rumah.

Selain itu, ia sudah pasti memberi kepuasan kepada ramai rakyat yang selama ini merungut pelekat cukai jalan JPJ ini tidak berkualiti kerana ia cepat rosak dan tidak tahan lama malah sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Kelebihan Aplikasi Mobile MyJPJ ini juga adalah boleh menjadikan rakyat di Malaysia mematuhi peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Penulis juga ada memuat turun aplikasi ini dan perisiannya cukup menarik apabila rakyat boleh mengambil gambar pemandu yang tidak mematuhi jalan raya seperti bermain telefon bimbit semasa memandu, menggunakan lorong kecemasan, kereta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan sebagainya.

Selepas mengambil gambar, pengadu boleh memuat naik kesalahan pemandu lain ini dan rekod tersebut akan diterima oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini menjadikan rakyat Malaysia prihatin dan bertanggungjawab dalam menggunakan jalan raya.

Dalam masa yang sama, seruan kerajaan ini juga memberi peluang dan membuka ruang kepada amalan pendigitalan. Digitalisasi yang datang bersama bantuan teknologi dapat menghasilkan kecekapan, penjimatan masa dan kualiti produktiviti yang lebih baik.

Bagaimanapun di sebalik kelebihan aplikasi ini, ramai rakyat juga menggesa kerajaan untuk tidak mewajibkan penggunaan aplikasi berkenaan dan memberi pilihan yang lebih fleksibel.

Di Malaysia, sesetengah tempat mempunyai rangkaian yang baik manakala sesetengah tempat lagi seperti di luar bandar, pedalaman atau kawasan tinggi tidak mempunyai rangkaian langsung atau rangkaian lemah.

Justeru kerajaan perlu menstabilkan kedua-dua pengguna rangkaian iOS Apple dan Android Google supaya tidak “lagging” dan sebagainya. Pengunaan aplikasi ini juga perlu fleksibel dan tidak diwajibkan bagi memudahkan masyarakat lain juga.

Pihak kerajaan harus memberi pilihan kepada orang ramai sama ada menggunakan pendaftaran manual atau aplikasi dan bukannya mewajibkan penggunaannya.

Ia diakui bahawa aplikasi lebih senang dan lebih pantas digunakan oleh pengguna untuk membuat memuatnaik, namun penggunaan secara manual harus dikekalkan. Ini serupa dengan e-pembayaran.

Tidak semua orang suka menggunakan e-pembayaran melalui penggunaan aplikasi kerana masih ada dalam kalangan pengguna membayar secara tunai.

Memaksa penggunaan aplikasi tersebut secara mandatori akan memberi kesukaran kepada pengguna, terutamanya warga emas tidak pandai menggunakannya.

Warga emas harus dibenarkan untuk terus menggunakan pelekat cukai jalan itu pada kereta dan membawa lesen mereka.

Kebanyakan warga emas tidak memiliki telefon pintar. Jadi bagaimana mereka boleh menggunakannya.

Bagi mereka yang memiliki telefon pintar, mereka juga tidak tahu bagaimana hendak menggunakan telefon pintar kerana mereka menghadapi masalah membaca teks kecil di skrin, oleh itu penggunaan manual lebih sesuai untuk mereka.

Walaupun kita tahu inisiatif ini juga sangat efisien dan efektif, kerajaan perlu menaik taraf lagi aplikasi ini agar ia mudah digunakan.

Diharapkan aplikasi ini nanti akan memberi kemudahan kepada orang ramai dalam berurusan dengan pihak kerajaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru