ARTIKEL

Permulaan terbaik untuk gandingan Hon Jian-Muhammad Haikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan muncul juara pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Mohdi 2023 di Lucknow, India kelmarin merupakan satu permulaan yang sempurna buat gandingan negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Muhammad Haikal berkata kemenangan pada aksi final di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das itu juga menjadi pembakar semangat pasangan yang baru tiga bulan digandingkan dan berharap dapat mengekalkan konsistensi dalam usaha memburu lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa depan.

“Saya harap dapat konsisten dengan pasangan…biasanya kalau main dengan dia sebelum ini selalu tersingkir awal.

“Ini (Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi 2023) permulaan bagi saya dan Hon Jian, harap masa akan datang bermain dengan lebih baik lagi untuk dapat banyak lagi gelaran, insya-Allah,” katanya dalam rakaman video dikongsi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.

Hon Jian-Muhammad Haikal yang diletakkan sebagai bukan pilihan bangkit dari ketinggalan pada set pertama, mengejutkan pilihan utama dari Jepun Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-18, 21-16.

Sementara itu, Muhammad Haikal berkata mendapat semula keyakinan selepas tewas pada set pertama, menjadi kunci utama yang membawa mereka mengecap kejayaan kelmarin.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta