ARTIKEL

Perodua tingkatkan sasaran pengeluaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menaikkan sasaran pengeluarannya kepada 338,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Menurut syarikat kereta kompak itu, keputusan itu didorong oleh bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif dan permintaan bagi model keluarannya yang memberangsangkan.

Pihaknya turut menetapkan sasaran jualan lebih tinggi sebanyak 325,000 unit kenderaan bagi tempoh sama.

Pada Januari, Perodua mengumumkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit, manakala sasaran jualan berjumlah 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan pada 2021, katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada bulan ini syarikat mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi, masing-masing sebanyak 35,111 unit dan 33,836 unit dalam tempoh sebulan.

“Peningkatan pengeluaran itu dapat dicapai menerusi sumber tersedia dalam ekosistem automotif semasa dan perkembangan itu memberi petunjuk kepada potensi pertumbuhan bagi sisi permintaan dan bekalan dalam industri berkenaan,” katanya dalam kenyataan sama.

Walaupun beberapa isu seperti ketersediaan bekalan cip semikonduktor dalam jangka panjang masih berlaku, Perodua mempunyai bekalan mencukupi sekali gus menjangkakan prestasi suku keempat adalah terbaik dalam sejarah, jelasnya.

“Jika momentum ini berterusan, industri automotif berpeluang untuk terus berkembang pada 2024 dan akan membantu melonjakkan sentimen pengguna,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim