Perompak dipenjara 10 tahun

KUCHING: Seorang penganggur dari Jalan Cenderawasih, Samariang yang didapati bersalah merompak dijatuhi 10 tahun penjara dan lima sebatan rotan semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Taufik Mohd Yusof memutuskan hukuman berkenaan terhadap Sharizat Abul As, 25, setelah dia didapati bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sharizat didapati bersalah merompak Edward Dominic Sain dan mencuri kad ATM Agrobank, lesen memandu,
kad pengenalan, jam tangan jenis Casio, amplifier serta woofer dan kunci kereta jenis Perodua Viva QAA 844J.

Tertuduh didapati melakukan rompakan berkenaan sekitar jam 4.30 pagi pada 8 November tahun lalu di hada-
pan Family Mart 24 Jam dekat Travillion Mart, Jalan Petanak bersama-sama dua lagi individu yang masih bebas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Daniel Ilham Kamaruddin sementara tertuduh tidak
diwakili peguam.