ARTIKEL

Fadillah dan Fazzrudin bersama-sama yang lain ketika penyerahan geran MRP kepada masjid dan surau sekitar kawasan DUN Tupong. FOTO RAMIDI SUBARI

Perpaduan dalam masyarakat sumber kekuatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 46 buah masjid dan surau di kawasan DUN Tupong menerima sejumlah RM162,000 di bawah geran Projek Luar Bandar Kecil (MRP) bagi meningkatkan kemudahan dan aktiviti sokongan di rumah ibadat berkenaan.

Peruntukan tersebut dibahagikan kepada 12 buah masjid masing-masing menerima RM5,000, manakala 34 buah surau menerima RM3,000 setiap satu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menyampaikan geran di Masjid Al-Quddus Taman Sri Wangi, semalam, memberitahu bahawa masjid adalah asas perpaduan dengan menyebarkan syiar Islam bagi mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

“Perpaduan merupakan satu kekuatan bagi masyarakat Islam, justeru kurangnya penglibatan masyarakat di masjid boleh menjejaskan kekuatan ini.

“Maka, kita perlu memberi perhatian terhadap usaha ini dan jadikan ia sebagai jihad. Jihad bukan sahaja terletak pada perjuangan jauh seperti Palestin, tetapi juga dalam membuka mata ahli masyarakat kita,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya komuniti setempat boleh diperbaiki, martabat masyarakat boleh ditingkatkan.

“Inilah inti pati sebenar jihad – semangat yang mendorong jawatankuasa belia kita. Pengukuhan hubungan masyarakat melalui penyebaran syiar Islam akan menguatkan lagi perpaduan kita,” katanya.

Baca lain  Kapit FA sekat hajat Kalimantan Barat

Beliau turut memberi jaminan untuk terus bekerjasama rapat dengan ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman bagi memperuntukkan sumber bagi memastikan masjid dan surau sentiasa aktif.

Tambahnya, banyak program di kawasan Tupong dan Petra Jaya di sini telah mengalami penambahbaikan termasuk penaiktarafan masjid dan surau dengan kemudahan seperti pendingin hawa.

Bagaimanapun, cabaran sebenar yang dialami adalah untuk memastikan penglibatan masyarakat dalam mengimarahkan masjid.

“Walaupun peruntukan yang diberikan tidak mencukupi, tetapi kita berusaha untuk memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman; Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Zaiedi Suhaili dan tetamu kehormat yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. FOTO RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,