Trending

Perpaduan jadi tunjang utama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan memainkan peranan yang kritikal dalam membentuk dasar dan program bagi menjaga perpaduan di Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perpaduan dan integrasi adalah antara tunjang utama untuk mencapai kestabilan politik, kemampanan ekonomi dan keharmonian sosial.

“Ia sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 iaitu inklusiviti sosial.

Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha menyatupadukan rakyat.

“Justeru, kami sedang berusaha melaksanakan beberapa program pembangunan di Sarawak untuk menentukan dasar inklusiviti sosial yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching, semalam.

Tambah Uggah, perpaduan dan solidariti di Sarawak juga sering disebut sebagai model contoh di Malaysia dengan masyarakat pelbagai bangsa, etnik, budaya dan kepercayaan hidup dalam suasana saling hormatmenghormati.

“Kita mempunyai 35 kumpulan etnik di Sarawak. Oleh itu, adalah satu cabaran besar bagi kerajaan untuk mengekalkan perpaduan dan mengelakkan sebarang kemungkinan konflik.

“Kami telah dapat hidup bersama dalam kedamaian dan keharmonian yang sempurna. 

Sebarang isu yang boleh membawa kepada konflik sentiasa diselesaikan secara baik,” ujarnya.

Ujar Uggah, Sarawak juga beruntung kerana mempunyai sebuah kerajaan yang amat peka dan sangat menghargai perpaduan rakyat berbilang kaum.

“Kita mempunyai UNIFOR iaitu Unit Untuk Hal Ehwal AgamaAgama lain.

Ia diwujudkan untuk membantu agama selain Islam dengan menyediakan dana untuk mendirikan atau membaik pulih rumah ibadat, mendapatkan tapak dan untuk belanja pengurusan. 

“Ia juga menjadi pusat rujukan pelbagai badan agama untuk berhubung dan berinteraksi dengan badan agama Islam.

“UNIFOT merupakan agensi yang bertanggungjawab mengawal selia dasar bagi mempromosikan keharmonian antara pelbagai agama,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Uggah memohon rakyat agar meningkatkan memperkukuhkan perpaduan dan rakyat tidak boleh leka.

Mengulas mengenai sambutan Minggu Perpaduan berkenaan, beliau mendedahkan sambutan sebegini membolehkan masyarakat pelbagai kaum mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi khususnya berkaitan adat dan budaya pelbagai etnik di negara ini. 

“Ia juga boleh dijadikan tapak integrasi baharu dalam usaha mengeksplorasi detik-detik perpaduan yang manis bagi membina sebuah negara maju,” jelasnya.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Pembangunan Wanita, Kanakkanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr. Hazland Abang Hipni turut hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru