Trending

Perpaduan jamin Keselamatan Negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

RUKUN Negara merupakan formula penting perpaduan nasional dan pembentukan identiti bangsa.

Maka, bersempena ulang tahun Hari Malaysia ke-60 yang disambut Sabtu lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah awal-awal mengingatkan rakyat di negeri ini.

Mengingatkan kita semua tentang Rukun Negara agar menghayati dan menjiwainya.

Dua perkara pokok yang dititah baginda yang harus kita renung sejenak, perpaduan nasional dan pembentukan identiti bangsa.

Menurut Al-Sultan Abdullah, ini kerana lima teras prinsip Rukun Negara menjadi formula bagaimana rakyat berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian serta hidup secara rukun dan damai.

Ada lima prinsip, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13 oleh Yang di- Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Justeru, tujuan utamanya membentuk perpaduan yang kukuh menerusi prinsip yang terkandung di dalamnya.

Maka ia dianggap sebagai kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

PERPADUAN NASIONAL

Yang dibimbang adalah apabila rapuhnya nilai perpaduan.

Dalam satu artikel di portal Dewan Masyarakat berjudul Kepentingan Perpaduan Dalam Membentuk Sebuah Negara Maju, menegaskan tanpa perpaduan amat mustahil kemajuan dan kesejahteraan hidup boleh dicapai.

Ini memandangkan, perpaduan menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

Perpaduan juga menaikkan imej negara, mewujudkan masyarakat harmoni dan paling penting menjamin keselamatan serta kedaulatan negara.

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat dibenarkan memilih pemimpin yang mampu menjaga dan memegang amanah serta menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Jika rakyat tidak bersatu hati dalam memilih pemimpin, maka akan berlaku ketegangan dan pergaduhan, seterusnya mengundang bahaya kepada negara jika mereka yang menang terdiri daripada pemimpin yang tidak berjiwa rakyat dan bersikap pilih kasih.

Jika rakyat tidak bersatu hati memilih pemimpin, maka akan wujud pengaruh negatif yang membolehkan sebuah negara kemajuan dan kesejahteraan kepada peningkatan ekonomi.

Perpaduan juga menaikkan masyarakat harmoni dan paling penting menjamin keselamatan demokrasi, rakyat dibenarkan menjalankan tanggungjawab hati dalam memilih pemimpin, maka akan berlaku ketegangan dan pergaduhan, seterusnya mengundang bahaya kepada pemimpin yang tidak berjiwa rakyat dan bersikap pilih kasih.

Jika rakyat tidak bersatu hati memilih pemimpin, maka akan wujud pengaruh negatif yang membolehkan sebuah negara dijajah.

Sehubungan itu, semua pihak perlu cakna memastikan perpaduan dapat dikekalkan antara kaum dan bangsa dalam negara. Ini kerana bukan sahaja dapat membentuk negara maju, malah memupuk semangat cinta dan sayang dalam kalangan masyarakat kepada Malaysia.

HADIAH HARI MALAYSIA

Rabu lalu Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah termasuk anakanda menamatkan secara rasmi Kembara Kenali Borneo yang bermula 3 September di Tawau.

Bagi penulis secara peribadi inilah hadiah teragung sambutan Hari Malaysia kepada rakyat di Sarawak dan Sabah.

Jika boleh digambarkan kemeriahan dan keterujaan rakyat, boleh dikatakan… sebesar-besar tanah Borneo ini, sebesar itulah kasih dan sayang kepada baginda berdua.

Mungkin ini pengalaman sekali seumur hidup bagi kita semua.

Dari hati ke hati, kami rakyat Borneo menjunjung kasih atas kesudian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli mendekati rakyat. Ini juga sejarah yang tidak mungkin dilupakan.

Seolah-olah tidak terasa kaki berdiri di tepi jalan sejak 7 pagi sehinga 7 petang.

Sesungguhnya, pengalaman ini mempamerkan manifestasi kasih rakyat, semangat perpaduan, kepelbagaian budaya serta etnik dan keindahan landskap semula jadi di kedua-dua negeri.

Kembara Kenali Borneo benar-benar membuka mata tentang Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan.

Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

Insya-Allah jika dipanjangkan usia, bersua lagi Tuanku dan Selamat Hari Malaysia. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Tak viral tak selesai

INFRASTUKTUR seperi air bersih, elektrik, kesihatan, jalan raya dan harga

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada