Trending

Perpaduan kaum di Sarawak perlu terus utuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LAWAS: Perpaduan kaum yang terjalin baik di negeri ini perlu dipertahankan demi kemakmuran Sarawak sekali gus membolehkan lebih banyak agenda pembangunan dilaksanakan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan yang dikecapi Sarawak selama 60 tahun ini terhasil daripada kemantapan hubungan baik dalam kalangan rakyat walaupun berbeza kaum dan fahaman agama.

Malah katanya, nilai positif itu merupakan formula penting dalam pembangunan berterusan Sarawak pada masa depan.

“Perpaduan kita begitu kukuh kerana itulah Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riyatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat untuk menyempurnakan pelancaran sambutan Minggu Perpaduan Negara pada Ahad lalu.

“Jadi kita jagalah perpaduan kita, politik kita stabil di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), malah kami dalam pilihan GPS dapat menumpukan lebih banyak usaha untuk pembangunan negeri selain menambah kekuatan yang ada pada negeri Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Komuniti bersama Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Speaker DUN Sarawak, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Sarawak,   Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru