ARTIKEL

Tiong Sii membahaskan Usul Penghargaan kepada Mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Perpaduan kaum, pembangunan dan pemodenan menjadi legasi Almarhum Tun Taib – Tiong Sii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meninggalkan legasi yang tidak akan dilupakan, khususnya dari segi kemajuan, pembangunan dan perpaduan antara kaum.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, legasi itu menjadi inspirasi rakyat Sarawak untuk terus memajukan tanah air tercinta.

“Sepanjang Almarhum memimpin Sarawak, beliau telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sehingga digelar ‘Bapa Pemodenan Sarawak’.

“Beliau juga telah memperkasakan pembangunan di bandar dan luar bandar secara menyeluruh.

“Di bawah kepimpinannya, Sarawak telah memulakan era industrialisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan kepada Mantan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri pada Persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, ADUN Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata kepimpinan Almarhum Tun Taib berjaya mengubah taraf ekonomi kehidupan rakyat di Sarawak.

“Sarawak kini merupakan wilayah yang progresif dengan ekonomi berasaskan industri berteknologi tinggi dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur moden.

“Bagi kepentingan penduduk di Bahagian Kapit, beliau telah merancang projek Empangan Bakun, Empangan Murum dan Empangan Hidro Elektrik Balleh,” katanya.

Jelasnya, projek itu bukan sahaja menjana tenaga semula jadi tetapi ia dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti jalan raya selain menyediakan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan.

“Saya pernah berkhidmat sebagai salah seorang Setiausaha Politik kepada beliau dan menyaksikan kepimpinan beliau yang sebenar dan cemerlang,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU