ARTIKEL

Perpaduan, keharmonian kaum bantu naikkan pembangunan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Perpaduan unik dalam kalangan rakyat Sarawak dan barisan pemimpin yang berwawasan tinggi telah membantu menaikkan pembangunan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepelbagaian budaya dan keharmonian kaum di Sarawak menjadi bukti kekuatan unik di negeri ini.

“Kesepaduan sosial unik di Sarawak, disokong oleh pemimpin berwawasan dan orang berbakat, menjadikan Sarawak melonjak ke tahap kemajuan pembangunan yang lebih tinggi.

“Jika terdapat sebarang konflik perkauman berpanjangan, tentu Sarawak tidak akan maju, aman dan tenang seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail semasa Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang, di sini.

Berita lanjut dalam epaper STSS percuma.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU