Trending

Perpaduan kunci penting negara maju

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

KUCHING: Rakyat Malaysia tidak seharusnya melupakan bahawa perpaduan adalah kunci penting ke arah matlamat menjadi negara membangun dan maju.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat harus berbangga kerana negara memiliki nilai perpaduan yang tinggi.

“Meskipun kita terdiri daripada pelbagai masyarakat yang berbilang kaum dan agama, kita seharusnya berbangga kerana memiliki nilai perpaduan yang tinggi

“Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa agar Malaysia terus kekal aman dan harmoni, dalam masa yang sama membangun dengan maju,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September akan dapat meningkatkan lagi semangat cinta rakyat kepada negara ini.

“Telah banyak yang kita hadapi bersama selepas penubuhan negara Malaysia.

“Pelbagai pahit manis telah dilalui dalam kita mengharungi perjalanan membina negara ini.

“Justeru, kita seharusnya tidak melupakan betapa perpaduan adalah kunci penting ke arah matlamat itu,” tegasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru