ARTIKEL

Perpaduan membolehkan Sarawak beralih ke fasa empat- Wee Hong Seng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasil daripada semangat komuniti dan perpaduan yang unik, Sarawak berjaya beralih ke fasa pemulihan lebih cepat berbanding negeri lain, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng.

Dalam perutusan tahun baharunya yang disiarkan di laman Facebook MBKS malam tadi, beliau menyatakan bahawa peralihan ini akan menjadikan negeri ini beransur-ansur kembali kepada kestabilan dan kerancakan ekonomi.

Meniti tahun yang sukar pada 2021 jelasnya, ia menyaksikan kemunculan varian baharu seperti Varian Delta dan varian Omicron, memburukkan lagi keadaan, menjadikan usaha melawan Covid-19 lebih sukar berbanding sebelum ini.

“Malah, ketika ekonomi dunia merosot ke dalam kemelesetan, Malaysia tidak terlepas dan perniagaan terjejas, memaksa ramai untuk mengubah cara perniagaan mereka secara digital, atau mungkin berisiko gagal.

“Cukuplah untuk mengatakan, kita secara asasnya terjejas oleh Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu katanya, cara masayarakat menjalankan urusan harian telah ditakrifkan semula – komunikasi dengan keluarga dan rakan, operasi di tempat kerja, sekolah, perniagaan dan perkhidmatan barisan hadapan terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu.

“Oleh itu, masyarakat telah berani menerima dan tabah mengharungi semua cabaran, berjaya melaksanakan program vaksinasi Covid-19 dan Kerajaan Negeri mengumumkan pelbagai pakej rangsangan untuk menyelamatkan ekonomi Sarawak.

“Hasilnya, kita berjaya menjadikan Sarawak beralih ke fasa pemulihan lebih cepat daripada negeri lain,” jelasnya.

Ujarnya juga, kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sama-sama menganjurkan program untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kerjasama pada skala ini hampir tidak pernah berlaku dan ia menunjukkan rakyat di negeri ini bersatu padu dan bermurah hati,” ujarnya.

Wee turut berterima kasih kepada rakyat Kuching atas sokongan konsisten mereka, dan berjanji untuk bekerja lebih keras daripada sebelumnya, dalam memastikan pertumbuhan dan kemajuan bandar itu.

“Semoga 2022 memberi kebaikan kepada kita semua. Saya doakan anda selamat sejahtera, kesihatan yang baik, dan kesejahteraan. Selamat Tahun Baru 2022,” katanya.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup