ARTIKEL

Nanta (enam kiri) memukul gong sebagai gimik perasmian majlis tersebut.

Perpaduan rakyat pelbagai kaum, latar belakang, fahaman politik, ketika menyambut perayaan harus dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Perpaduan pelbagai kaum di negeri ini ketika sama-sama meraikan perayaan harus dipelihara, tegas Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Berucap pada Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2024 semalam, Menteri Kerja Raya itu menyifatkan keharmonian seumpama itu sungguh jelas dan biasa dilihat ketika musim-musim perayaan di negeri ini.

Malah, beliau beranggapan bahawa sambutan perayaan juga berupaya menghimpunkan seluruh masyarakat tanpa mengira agama, latar belakang atau fahaman politik.

“Kami ahli politik juga datang dari pelbagai ideologi atau fahaman politik berbeza, namun kami masih boleh duduk bersama semeja untuk meraikan perayaan bersama seperti majlis ini.

“Tak kira apa pun perbezaan, perayaan adalah penghimpun dan penyatu yang mewujudkan kebersamaan tanpa membezakan kita,” jelasnya.

Walaupun ahli politik mungkin berbeza pendapat dalam politik, terutamanya semasa pilihan raya, ujarnya, tetapi mereka masih boleh berkumpul meraikan perayaan Gawai bersama.

“Dalam meraikan Gawai, kita sentiasa bersama dan saya rasa malam ini kita memperagakan sesuatu yang indah di negeri dan negara kita.

“Setiap daripada kita di sini bukan sahaja terhad kepada masyarakat Dayak tetapi banyak agama lain, bersama-sama tanpa mengira agama atau etnik kita untuk hadir meraikan Gawai bersama,” tegas Ahli Parlimen Kapit itu.

Nanta berkata, perpaduan rakyat Sarawak sangat menonjol bukan sahaja semasa Gawai, malah Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Deepavali, untuk bersama-sama menyambutnya.

Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut ialah isteri Nanta, Datin Seri Angelina Celestine Ujang, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek, Chieng Jin Ek, ADUN Katibas, Lidam Assan, ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew, dan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Chambai Lindong.

Hampir 2,000 hadirin pelbagai bangsa dan agama memeriahkan majlis tersebut yang merupakan anjuran SDNU Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu.

Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu merupakan acara tumpuan pada majlis tersebut di samping hadirin juga dihiburkan oleh artis undangan, Winnie Albert.

Nanta (enam kiri) mengetuai kenamaan lain pada upacara ‘ngeradak ai pengayu’ pada majlis tersebut.

BERITA LAIN

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup