ARTIKEL

Para peserta merakam gambar kenangan ketika program

Persatuan Autisme Kuching, Sarawak Energy kerjasama jayakan Hari Sukan Autisme Buddy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Autistik Kuching (KAA) bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) julung kalinya mengadakan ‘Hari Sukan Autisme Buddy’ berlangsung di Sekolah Menengah Chung Hua No 3, Sabtu, 18 Mei lepas.

Acara membabitkan sekitar 100 peserta dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran serta memupuk sokongan terhadap individu spektrum autisme.

SEB dalam kenyataan berkata, peserta dalam kalangan SEB, sukarelawan UCSI dan KAA berjaya membina persahabatan antara peserta bersama-sama rakan autisme.

“Acara bertemakan ‘Mempunyai kawan Autisme bermula dengan saya sendiri’ menunjukkan program bukan sekadar acara sukan, namun sebagai platform membolehkan para peserta autisme menunjukkan bakat, kebolehan dan perspektif unik dalam menempuh cabaran,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, segala aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan minat pelbagai.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat SEB, Hajah Siti Aisah Adenan berkata, ia sebagai bukti komitmen SEB untuk menyokong komuniti autisme sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

“SEB komited sepenuhnya memperkasa pertumbuhan komuniti melalui sosial kami dalam melonjakkan pelaburan.

“Hari sukan Autisme Buddy, salah satu usaha kami seiring pendidikan dan tonggak generasi muda dalam memperkasa belia dengan mencipta impak berkekalan dalam hidup mereka,” katanya ketika berucap pada majlis.

Tambahnya, SEB menyokong kepelbagaian, persamaan dan keterangkuman serts mengiktiraf keunikan terdapat pada setiap individu termasuk mereka yang mempunyai autisme.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di