ARTIKEL

TIMBALAN PRESIDEN PBBS... Dr Kamurudin.

Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu belum putuskan Setiausaha Kehormat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (PBBS) belum dapat memberi perincian berhubung calon sesuai untuk dilantik sebagai Setiausaha Kehormat yang baharu berikutan pemergian Allahyarham ASP Khusairy Bujang, 48 awal hari ini.

Timbalan Presiden PBBS, Dr. Kamurudin Ahmed Junaidi memberitahu, perancangan kearah itu sememangnya ada.

Bagaimanapun tegas beliau, pihaknya perlu bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci perkara itu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat bersama barisan Exco PBBS dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara itu,” ujar Dr Kamurudin kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Dr Kamurudin, beberapa nama serta individu berpotensi untuk mengambil alih tugas selaku Setiausaha Kehormat PBBS berada dalam radar pihaknya ketika ini.

Apa pun tegas beliau, segalanya akan diputuskan pada mesyuarat bersama barisan exco kelak.

Dalam perkembangan sama, Dr Kamurudin turut bersedih atas pemergian Allahyarham ASP Khusairy Bujang dan menyifatkannya satu kehilangan besar dalam barisan kepimpinan badan induk berkenaan .

“Saya mewakili barisan exco lain ingin merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan tabah dalam mengharungi ujian tersebut,” jelasnya.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan