ARTIKEL

Kakitangan Pejabat Daerah Lawas, anggota BBP Lawas dan KKKM merakamkan kenangan selepas mesyuarat penubuhan PBS Gabungan Sundar hari ini. | Foto: BBP Lawas

Persatuan Bomba Sukarela Gabungan Sundar ditubuhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Mesyuarat Penubuhan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Gabungan Sundar telah diadakan hari ini di Pejabat Daerah Kecil Sundar di sini yang turut dihadiri Pegawai Tadbir Daerah Lawas, Jenaniter Freddy serta Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KKKM).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, PBS Gabungan Sundar melibatkan 25 buah kampung dalam kawasan Sundar.

Foto: BBP Lawas

“Objektif penubuhan PBS adalah untuk menjadi pasukan yang bertindak awal jika ada insiden kecemasan kebakaran berlaku.

“Selain itu, ia diharap memberi khidmat nasihat keselamatan kebakaran kepada masyarakat setempat, mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran selain membantu JBPM dalam usaha menjaga pili bomba di kawasan masing-masing,” kenyataan itu menyebut.

Penerangan ringkas tentang matlamat penubuhan PBS Gabungan Sundar dan prosedur pendaftaran PBS telah disampaikan oleh Ketua Balai (KP) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, PPgB Azman Ibrahim.

Turut hadir, Penghulu Hantin Nodin, Penghulu Johari Bahar dan 23 ketua kampung kawasan Sundar.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri