CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Persatuan Orang Kuat Sarawak komited bangunkan sukan lasak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SERAH...Azizi Johari (tiga kiri) menyerah sijil pendaftaran kepada ASP Ricky Poh (dua kanan) sambil disaksikan wakil kedua-dua pihak.

KUCHING: Persatuan Orang Kuat Sarawak (SSA) komited untuk terus membangun sukan lasak di negeri ini.

Usaha itu terus diberi fokus sejajar dengan peranan mereka sebagai badan induk yang sah serta bertanggungjawab merancang mahupun menganjur pertandingan selepas ini.

Presiden SSA, ASP Ricky Poh memberitahu, pelbagai program atau pertandingan berada dalam radar pihaknya untuk dianjur sepanjang tahun ini.

“Justeru, perancangan tersebut secara tidak langsung bukan sahaja berupaya merancak kalendar sukan di negeri ini.

“Pada masa sama dapat menyaksikan kemunculan ramai atlet sukan lasak berbakat serta boleh di ketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Pelbagai program dirancang sepanjang tahun ini. Tidak hanya berskala kecil malah mencakupi peringkat negeri serta kebangsaan,” ujar Ricky pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran SSA di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sarawak, di sini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Azizi Johari dan turut dihadiri Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan, Mohamad Sharbini Golong serta benerapa Exco SSA.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru