KUCHING: Persatuan Penganut Kuil Fu De San Qing Gong dan Fairland Hidden Bar bersama-sama menyumbangkan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya ini.
Sebanyak 600 bakul makanan telah diagihkan kepada pelbagai lapisan masyarakat bagi meringankan beban mereka akibat pandemik.
Pengerusi SUPP Cawangan Batu Lintang, Sih Hua Tong berkata sumbangan bakul makanan yang adalah pemberian yang bermakna kepada orang ramai lebih-lebih kepada golongan yang terjejas.
“Ramai yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terutamanya mereka yang bekerja gaji hari.
“Sumbangan komuniti ini menunjukkan rakyat Sarawak mengambil berat antara satu sama lain. Mereka yang berkemampuan tampil untuk memberi bantuan tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latar belakang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis ringkas pemberian bakul makanan di Jalan Carpenter, di sini hari ini.