Persatuan Penjaja Petra Jaya akur jika PKP dilaksanakan semula

KUCHING: Pengerusi Persatuan Penjaja Petra Jaya, Mohamad Khairuzie Bolhassan berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu langkah yang wajar dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, ia adalah bertepatan dengan situasi kes jangkitan Covid-19 yang sentiasa meningkat pada setiap hari.

“Kita sedar pelaksanaan PKP ini sudah pasti menjejaskan sektor ekonomi dan sumber pendapatan golongan usahawan dan penjaja tempatan.

“Bagaimanapun, sekiranya ia perlu dijalankan, semua pihak perlu akur dan memahami keputusan yang diambil untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Suara Sarawak berkenaan pandangannya terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pelaksanaan PKP sepenuhnya di seluruh negara.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hasaan berkata pelaksanaan PKP itu merupakan antara cadangan yang dipertimbangkan kerajaan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mei 2021

Suara Sarawak