ARTIKEL

Dr. Sim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-53 Persatuan Perubatan Malaysia Sarawak di Hotel Imperial, malam tadi. FOTO: UKAS

Persatuan Perubatan Malaysia Main Peranan Penting Sebagai Rakan Strategik Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memainkan peranan penting sebagai rakan strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh sistem kesihatan negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, sebagai suara bersatu komuniti perubatan negara, MMA berfungsi memperjuangkan peralihan paradigma penjagaan kesihatan.

“Ia khususnya dalam aspek perubatan pencegahan, pembangunan profesional dan penambahbaikan dasar kesihatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-53 Persatuan Perubatan Malaysia Sarawak di Hotel Imperial, malam tadi.

Tambah Dr. Sim, MMA juga berperanan menyokong transformasi digital sektor kesihatan melalui penerimaan telekesihatan, sistem data dan teknologi.

“Kerjasama rapat MMA dengan Kerajaan Sarawak amat penting dalam merangka dasar kesihatan yang menepati realiti negeri ini, termasuk cabaran geografi, demografi dan keperluan komuniti pedalaman,” ujarnya.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, MMA berfungsi sebagai platform maklum balas profesional kepada Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Sarawak.

“Persatuan ini turut memperjuangkan standard etika, kualiti perkhidmatan dan keadaan kerja petugas kesihatan.

“Dengan keahlian lebih 17,000 doktor di seluruh negara, termasuk 1,606 di Sarawak, MMA turut menyumbang kepada pembangunan modal insan kesihatan melalui latihan berterusan, advokasi profesional dan sokongan kepada penggubalan dasar berasaskan bukti,” tambahnya.

Tegasnya, pelibatan aktif MMA amat penting bagi memastikan pelaksanaan Pelan Induk Kesihatan Sarawak selari dengan keperluan sebenar di lapangan serta menyokong usaha negeri mengekalkan bakat perubatan tempatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka