KUCHING: Persatuan Suara Pengguna Sarawak (Covas) menggesa Kerajaan Sarawak supaya turut memberi keutamaan kepada pengamal media untuk suntikan vaksin Covid-19.
Timbalan Presiden Covas Datuk Shamsudin Abdul Rahman berkata, ia kerana pengamal media juga terdedah kepada risiko jangkitan.
“Pengamal media di Sarawak juga berada di lapangan dan bertugas di seluruh pelosok negeri untuk melapor kes jangkitan harian. “Malah mereka turut agresif membantu menyebarkan program dan kempen vaksinasi kebangsaan.
“Covas mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Sarawak supaya pengamal media juga diberi suntikan vaksin segera secara menyeluruh seperti petugas barisan hadapan yang lain,” katanya semalam.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mac 2021