ARTIKEL

Persatuan sukan digesa tingkatkan jalinan kerjasama dengan badan induk tertinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua pihak khususnya persatuan sukan digesa meningkatkan jalinan kerjasama erat dengan badan induk tertinggi yang sedia ada.

Demikian tegas Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu bagi memastikan misi serta objektif dalam meningkatkan mutu sukan di negeri ini dapat direalisasi sepenuhnya.

“Pentingnya jalinan kerjasama antara persatuan sukan sedia ada mahupun badan induk tertinggi sukan seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSNS).

“Ia mampu menjadi daya penggerak dalam melahirkan barisan atlet pelapis baharu berpotensi untuk diketengah ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Antara Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dan Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) bilik mesyuarat Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PSS Morshidi Fredrick yang juga Pengarah MSNS, Presiden SLTA Datuk Patrick Liew, Pengurus Bahagian Pembangunan Sukan PSS Ahmad Rodzli Hashim, Ketua Bahagian Pengurusan Organisasi PSS Semawi Mohamad serta exco SLTA.

TERMETRAI…Datuk Gerald Rentap Jabu (tengah) bersama Morshidi Fredrick dan Datuk Patrick Liew serta yang lain di akhir majlis tersebut.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di