ARTIKEL

Persediaan Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELIHATKAN perbelanjaan yang perlu disediakan untuk kelengkapan Hari Raya pasti membuatkan sepasang insan yang bergelar ayah dan ibu berasa susah hati lebihlebih lagi bagi yang kurang berkemampuan.

Pada 3 hingga 9 April lalu, Wanita Ikram Sarawak membuat edaran baju raya serta jualan amal serendah RM5 di sekitar Kuching.

Pelbagai golongan sasar menerima baju raya percuma dikenal pasti seperti golongan mualaf dari Hidayah Centre Foundation Sarawak (HCF), Persatuan Cina Muslim Malaysia Sarawak (Macma) dan juga Unit Saudara Kita Petra Jaya (USKPJ).

Tidak dilupakan juga ahli Ikram Kuching yang tidak berkemampuan dan keluarga dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Islam al-Amin Kuching serta ahli masyarakat di sekitar Matang Jaya.

Senyuman jelas terukir di wajah ayah dan ibu apabila berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya sepasang baju raya untuk anak-anak menandakan usaha pasukan Projek Baju Raya yang diketuai oleh Marzatul Zarina Ahmad Zabidi berjaya mencapai matlamat.

Program ini mula dilaksanakan sejak minggu terakhir Februari lalu.

Pelbagai fasa dilalui hinggalah fasa agihan duit raya kepada anak asnaf serta ibu tunggal.

Wanita Ikram Kuching berterima kasih atas sokongan masyarakat Kuching dan Kota Samarahan yang sudi bekerjasama dan turut membantu sepanjang pelaksanaan program ini.

Segala budi baik mereka didoakan agar dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti