ARTIKEL

Persekitaran bersih pikat pelancong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementeri Pelancongan, Budaya dan Seni (MOTAC) komited mempertingkatkan sektor pelancongan inap desa terutamanya di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, usaha itu melibatkan masyarakat kawasan luar bandar di rumah panjang dan kampung.

“Dalam mengusahakan program inap desa ini, kita meminta semua peserta mementingkan kebersihan.

“Mungkin dari segi kemudahan seperti penyaman udara atau kemudahan yang begitu mewah tidak diperlukan dalam program seperti di rumah panjang.

“Yang penting kita mahu melihat setiap inap desa mengutamakan kebersihan kerana ini mampu menarik pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa Program “Tourism Awareness” Bersama Komuniti di Rumah Pada Selan, Sungai Lalang, Tatau, semalam. Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu menambah, MOTAC turut mengambil inisiatif menganjurkan kursus dan seminar di tiga zon di Sarawak bermula tahun depan.

“Bagi tujuan sama pada tahun depan, kita akan menganjurkan seminar dan kursus di tiga zon Sarawak yang menyasarkan mereka yang berminat dalam program ini.

“Pada masa sama kita mungkin berkerjasama dengan agensi insurans untuk tujuan perlindungan dari segi risiko bencana seperti kebakaran,” ujarnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Roland Duat Jubin dan ADUN Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa turut hadir. 

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim