
KUCHING: Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bersiap sedia dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Menurut Ketua Unit Bantuan Bencana Persatuan Kapitan Tan Kok Chiang, unit itu akan menghantar empat pasukan daripada anggotanya ke Kuching, Samarahan, Bau dan Serian untuk bersiap sedia memberi bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.
Disebabkan isu banjir serius berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, beliau berkata pihaknya telah memutuskan untuk menghantar anggota pasukan untuk pergi ke kampung dan beberapa kawasan bagi menubuhkan unit dan membantu penduduk.
“Bagi mangsa yang terjejas dan memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.
“Kita juga sentiasa berhubung rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, Jabatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk melihat cara yang boleh kami bantu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.
Susulan itu, beliau turut menyeru orang ramai dan anggotanya menghulurkan bantuan dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan atau wang tunai kepada mangsa.
Bagi mereka yang ingin melaporkan keadaan banjir, mereka boleh menghubungi Thomas Ho di talian 0198870846 atau Tan Soon Huat di talian 0178655568.
Untuk laporan dan bantuan banjir di bahagian Kuching dan Bau, orang ramai boleh menghubungi Kapitan Tan Ethan di talian 0128817778, Penghulu Law Khim Seng di talian 0148803881 (Sebuyau); atau Lai Chau Liong di talian 0198889718 (Serian).
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mangsa, orang ramai boleh menghubungi persatuan itu sendiri di talian 082266169 (pada waktu pejabat), atau Georgina Chong (0168885885), Kapitan Tan Teck Ming (0168559581), Moon Yeo (0168601378), atau Terrence Teo (012896699).