ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah

Perselisihan faham punca pergaduhan lima kaki judi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perselisihan faham ketika bermain judi dipercayai menjadi punca pergaduhan lima lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan di Jalan Song di sini, malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, berkata kesemua suspek berusia antara 28 hingga 60 tahun itu telah ditahan pasukan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching sekitar jam 8.30 malam tadi.

“Turut dirampas adalah peralatan perjudian, dan kes akan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka
1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, hasil saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif, dan tiga daripada mereka masing-masing mempunyai satu rekod lampau atas kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, hasil soal siasat awal ke atas semua suspek mendapati kejadian berpunca daripada salah faham ketika bermain judi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat berkaitan ke talian 082-244444 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lain  Jual RON95 kepada warga asing, stesen minyak Bintulu dikenakan tindakan

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU