Trending

Persepsi negatif individu autisme perlu diubah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Persepsi negatif terhadap individu autisme perlu diubah dengan memberi sokongan kepada insan istimewa.

Adun Opar Billy Sujang berkata, golongan tersebut, terutamanya kanak-kanak autisme memerlukan belaian kasih sayang dan sokongan masyarakat serta ibu bapa mereka.

Billy bersama-sama para peserta merakam gambar kenangan pada larian amal ‘Bunny Autisme Run 2023, di MBKS, di sini hari ini.

Justeru katanya, menerusi penganjuran pelbagai program seperti larian amal ‘Bunny Autisme Run 2023’, persepsi negatif dapat diubah sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat dan ibu bapa.

“Sesetengah orang mempunyai persepsi negatif terhadap kanak-kanak kelainan upaya.

“Bagaimanapun, kita harus sedar bahawa mereka juga memerlukan belaian kasih sayang,” katanya kepada media selepas menyempurnakan larian amal tersebut di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.

Untuk itu katanya, menerusi sokongan yang diberikan, kanak-kanak istimewa ini akan menjadi lebih baik daripada yang lain dengan cara tersendiri.

Sementara, larian amal ini juga dapat meraih dana dari mana-mana penaja mahupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk Persatuan Autistik Kuching (KAA).

Katanya, sejumlah RM90,000 berjaya diraih hasil daripada larian amal yang diadakan dan memberi komitmen akan membantu persatuan tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru