Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Persiapan awal latih Skuad Kuching City FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MULA LATIHAN...Pemain Kuching City kelihatan bersemangat memulakan sesi latihan di Padang D, Petra Jaya. - FOTO GHAZALI BUJANG
MULA LATIHAN…Pemain Kuching City kelihatan bersemangat memulakan sesi latihan di Padang D, Petra Jaya. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Skuad Kuching City FC memulakan sesi latihan mereka semalam sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Super 2023.

Menurut Ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, sesi latihan terbabit hanya disertai pemain yang masih lagi dikekalkan dalam pasukan kendaliannya itu.

“Latihan kita bermula semalam, buat masa sekarang hanya disertai pemain yang masih dikekalkan dalam skuad terbabit,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Irfan, pemain baharu pula dijangka turut serta untuk latihan dalam sedikit masa lagi berbanding pemain import baharu yang akan menyertai latihan hujung bulan ini atau selewat-lewatnya minggu pertama bulan Januari.

“Pemain import baharu kita dijangka tiba hujung minggu ini. Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan di ibu negara terlebih dahulu.

“Besar kemungkinan mereka akan menyertai latihan bersama rakan-rakan baharu hujung bulan ini atau selewat-lewatnya minggu pertama bulan Januari,” tambah Irfan.

Menurut Irfan, pembentukan pasukan berwajah baharu perlu dilakukan seawal yang boleh bagi menghadapi Liga Super 2023.

“Kita tahu kancah Liga Super berbeza pentas saingannya dengan Liga Premier yang pernah dilalui sebelum ini.

“Oleh itu, kita harus menggunakan masa yang ada bagi membentuk pasukan dengan sebaiknya mencakupi segala aspek,” jelas Irfan lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk