ARTIKEL

Keadaan rumah panjang di Kpg Long Bangan ketika dijilat api pagi tadi.

Persiapan Gawai bertukar tragedi, rumah panjang terbakar di Kpg Long Bangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Kemeriahan persiapan menjelang sambutan perayaan Gawai Dayak bertukar tragedi bagi penghuni rumah panjang di Kampung Long Bangan di sini apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada pagi tadi.

Sebanyak sembilan pintu di rumah panjang berkenaan difahamkan terjejas akibat kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba hari ini, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bergegas ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan.

“Operasi diketuai oleh Komander Operasi, PPgB Maureen Sim Ah Lian, dan Bilik Gerakan masih menunggu maklumat daripada ketua balai BBP Marudi setakat ini,” menurut PGO dalam kenyataannya hari ini.

Sementara itu, perjalanan sehala difahamkan mengambil masa kira-kira enam jam untuk sampai ke destinasi menggunakan jalan pembalakan.

Pihak bomba turut mengalami masalah komunikasi akibat tiada liputan di lokasi kejadian.

Maklumat lanjut akan menyusul.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU