Trending

PERSIAPAN HADAPI BANJIR

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

»Hujan lebat pada musim tengkujuh memudaratkan kerana dapat menjadi ancaman berlakunya banjir. Berikut beberapa kiat sebagai persediaan berlakunya banjir.

1. Pantau ramalan cuaca: Selalu memantau ramalan cuaca semasa termasuk peringatan banjir yang dikeluarkan oleh badan meteorologi setempat. Ini membantu anda persiapkan diri dengan lebih baik.

2. Sediakan rancangan perpindahan: Bersama-sama keluarga, sediakan rancangan perpindahan semasa darurat — mencakupi pengetahuan tentang lokasi yang aman, persediaan peralatan penting dan kontak nombor darurat.

3. Siapkan beg darurat: Sediakan beg darurat bagi tujuan memudahkan semasa perpindahan berlaku dengan kelengkapan darurat seperti makanan, air, pakaian, ubat-ubatan, dokumen penting, bateri, lampu suluh dan alat komunikasi.

4. Pastikan keselamatan rumah: Periksa kerosakan atau kebocoran rumah anda, dan pastikan ada bekalan elektrik darurat atau generator jika diperlukan kelak.

5. Elak berkenderaan semasa banjir: Hindari menaiki kenderaan semasa banjir terjadi. Kenderaan dapat terperangkap atau terbawa arus semasa banjir berlaku sehingga membahayakan nyawa.

6. Simpan dokumen penting: Salin atau simpan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, sijil pendidikan. Dokumen ini boleh disimpan di dalam wadah kedap air.

7. Ketinggian Tempat Tinggal: Jika anda tinggal di kawasan yang berisiko banjir, pertimbangkan untuk membangun rumah di tampat yang tinggi dan dapat menghindari banjir.

Anda juga boleh mengenal pasti tapak yang tinggi sebagai persiapan perpindahan jika berlaku banjir di kawasan rendah.

8. Ikuti peringatan rasmi: Ikuti peringatan dan petunjuk rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berwenang. Ini mencakupi perintah perpindahan jika diperlukan.

9. Insurans banjir: Pertimbangkan untuk memiliki insurans banjir, jika anda tinggal di daerah yang sering terkena banjir.

Insuran ini dapat membantu mengatasi kerugian dari segi taksiran kewangan.

10. Bantu sesama manusia: Selalu siap dan sedia membantu jiran atau warga sekitar jika mereka memerlukan pertolongan semasa banjir. 

Solidariti sesama masyarakat merupakan kunci semasa menghadapi musim banjir.

Ingatlah bahawa banjir tropika sangat berbahaya, jadi penting anda selalu berada dalam kewaspadaan dan sedia untuk bertindak menghadapi darurat jika diperlukan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru