Persiapan sambutan Hari Sarawak

MIRI: Persiapan penuh sudah dibuat untuk sambutan Hari Sarawak di Hotel Pullman di sini malam ini.

Tinjauan di lokasi mendapati kru acara memberikan sentuhan penamat untuk acara penuh bersejarah ini.

Acara dijadual bermula jam 7.30 malam dengan dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang akan menyampaikan ucaptama.

Acara ini akan disiarkan secara langsung di TV3, Astro Awani, Sarawak Events, radio RTM serta laman Facebook dan YouTube Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) pada 9 malam.

Sambutan Hari Sarawak yang kelima tahun ini diadakan di Miri untuk pertama kalinya.

Tahun lepas, sambutan diadakan di Bintulu dan di Kuching pada 2016, 2017 dan 2018.

Suara Sarawak