Persiapan skuad belia Sarawak Utd III lancar

PERSIAPAN skuad Sarawak United FC III (SUFC III) bagi menghadapi kempen Piala Belia 2021 berjalan lancar dan memasuki fasa terakhir.

Pengurus pasukan, Nazri Ahmad Lai memberitahu, sesi latihan dijalankan mengikut jadual asal.

“Ia bermula petang untuk pemain bukan Islam, dan disambung semula pada sebelah malam untuk semua semua pemain.

“Kini kita sudah pun memasuki fasa terakhir dan segalanya lancar,” ujar Nazri kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, penyediaan jadual latihan dua sesi bagi memberi ruang kepada pemain beragama Islam menunaikan ibadah puasa.

Menurut Nazri, ketika ini seramai 30 pemain disenaraikan di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Pengiran Bala.

Piala Belia 2021 dijadual berlangsung pada Jun depan.

“Para remain menunjukkan komitmen yang tinge sepanjang latihan.

“Ia memberikan petanda positif terhadap pasukan berwajah baharu ini,” ujarnya.

 

Suara Sarawak