ARTIKEL

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA 2024 yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, namun beliau yakin persiapan yang kini berada di peringkat akhir akan berjalan lancar.

Beliau berkata faktor cuaca tidak menentu misalnya menjadi antara cabaran buat pihak kontraktor untuk menyiapkan fasiliti-fasiliti sukan yang akan digunakan sempena SUKMA.

“Cabaran lain termasuk faktor logistik kerana SUKMA melibatkan beberapa bahagian di seluruh Sarawak, tetapi dengan siapnya Lebuhraya Pan Borneo, ia telah memudahkan kami dari segi pergerakan.

“Selain itu, perkampungan sukan, penyediaan makanan melalui vendor, aspek keselamatan serta sukarelawan semua sudah kita sediakan,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Delegasi Bernama diketuai CEO Nur-ul Afida Kamaludin.

Turut hadir Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Editor Eksekutif Elmi Rizal Elias dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.

Pada 14 Mei lepas, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebanyak 24 kemudahan sukan dikenal pasti untuk dinaik taraf dan tiga kemudahan baharu sedang dalam pembinaan menjelang penganjuran SUKMA 2024.

Keseluruhan kerja-kerja naik taraf dan pembinaan yang menelan belanja sekitar RM200 juta itu dijangka siap bulan ini.

SUKMA 2024 melibatkan sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Temasya kali ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016. — BERNAMA

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja