Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Persiapan tenpin boling Para Sukma Sarawak berjalan lancar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Meskipun tarikh temasya Sukan Para Sukma 2022 masih jauh, namun rutin azali skuad tenpin boling Para Sukma Sarawak tetap dilaksanakan.

Dengan kata lain, latihan untuk barisan atlet terlibat berlangsung mengikut jadual ditetapkan.

Ketua Jurulatih Myron Khoo Hock Ming memberitahu, latihan tiga hari seminggu masih berjalan seperti biasa.

“Persiapan kita berjalan lancar seperti biasa dan belum ada perancangan untuk mengubah jadual latihan setakat ini,” ujar Myron ketika ditemui Arena Suara Sarawak malam tadi.

Menurut Myron, pemainnya akan turut berentap dalam Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Sarawak 2021 yang bermula pada 24 hingga 30 Disember ini.

“Kejohanan ini landasan terbaik untuk pemain memperbaiki permainan mereka,” tambah Myron lagi.

Beliau juga berharap pemainnya dapat memanfaatkan kejohanan selama tujuh hari itu dengan sebaik mungkin.

“Inilah peluang untuk semua pemain meningkatkan prestasi semasa,” jelas Myron.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News