ARTIKEL

Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 hari ini.

Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama usaha tangani pertembungan budaya, tamadun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa menyifatkan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 di Malaysia sebagai usaha penting dalam menangani pertembungan budaya dan tamadun.

Beliau berkata persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim itu juga bagi memupuk keharmonian dalam kalangan penganut agama yang berbeza serta mendepani ideologi ekstremis.

“Oleh itu, persidangan global ini mempunyai kepentingan yang sangat besar, dan kami secara kolektif berhasrat untuk melihat kesan ketara (persidangan ini) akan tercapai,” katanya ketika berucap pada persidangan itu di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai peranan MWL, Mohammed berkata pertubuhan itu telah memulakan langkah penting untuk menggalakkan keharmonian hubungan dalam kalangan penganut agama yang berbeza, dan seterusnya membina jambatan antara tamadun.

“Antara inisiatif kami dalam konteks ini ialah persidangan ‘Membina Jambatan antara Timur dan Barat’, yang kami anjurkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, dengan sokongan Sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 
“Perhimpunan antarabangsa ini dihadiri para pemimpin dalam kalangan kepimpinan agama, politik, intelektual, akademik dan media,” katanya.

Mohammed berkata inisiatif itu menandakan langkah awal MWL, melalui pelbagai inisiatif dan program global, untuk memupuk persahabatan dan kerjasama antara negara dan rakyat, dan membincangkan teori dan pemikiran mengenai pertembungan tamadun.

“Nabi Muhammad SAW sebagai contoh, hidup secara aman bersama-sama dengan pelbagai agama dan telah berjaya merangka salah satu piagam Islam yang paling penting, iaitu Piagam Madinah, yang diasaskan dengan pelbagai komuniti agama.

“Piagam ini merupakan dokumen pertama dalam sejarah yang meletakkan asas bagi persaudaraan manusia, kehidupan bersama masyarakat, dan saling hormat menghormati sesama manusia,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)