Trending

Persidangan Antarabangsa pacu industri pelancongan Sarawak – Karim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
P1: ICRTH2022… Abdul Karim (tengah) bersama  menunjukkan poster ICRTH2022 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 September depan.

KUCHING: Seramai 200 perwakilan bakal menghadiri Persidangan Antarabangsa Berhubung Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab 2022 (ICRTH2022) di Hotel UCSI Kuching bermula 1 hingga 3 September depan.

Persidangan kali kedua yang diadakan tersebut juga dijangka akan disertai lebih 1,000 perwakilan secara dalam talian.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Hamzah berkata, terdapat kira-kira 150 penceramah dari 30 negara terlibat dalam persidangan tersebut.

“Pelbagai topik berkaitan pelancongan bertanggungjawab akan dibincangkan dalam persidangan ini seperti ekopelancongan; pelancongan pintar; pelancongan gastronomi; pendidikan pelancongan; pemerkasaan wanita dalam pelancongan; kepimpinan belia dalam pelancongan dan pelancongan acara.

“Secara ringkasnya, persidangan ini akan menampilkan dua ucaptama, dua dialog profesional, 10 bengkel, 20 sesi pembentangan akademik, 26 sesi industri, 30 gerai dan pameran, serta lawatan ke Muzium Budaya Borneo (BCM) dan Bandaraya Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Malaysia Rumah Keduaku Sarawak (S-MM2H) di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, persidangan kali ini juga akan disertai delegasi daripada Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA).

“Sudah tiba masanya untuk kita bekerjasama menggunakan platform seperti persidangan ini bagi memacu industri pelancongan seterusnya demi kelestarian pada masa akan datang.

“Selain itu, persidangan ini juga menunjukkan usaha Sarawak membangunkan pelancongan di negeri ini, termasuk usaha pemulihan selepas mengharungi pandemik Covid-19 dan strategi pembangunan dalam era pasca-Covid-19,” katanya.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru