ARTIKEL

Persidangan antarabangsa untuk kongsi maklumat inisiatif S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persidangan Antarabangsa mengenai Tenaga Hijau, Pengkomputeran dan Teknologi Mampan 2024 (GECOST 2024) akan berlangsung di Curtin Malaysia pada 17 Julai depan.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memajukan kelestarian tenaga dan alam sekitar.

Curtin Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTy) Sarawak, sekali gus membincangkan berhubung persidangan tersebut.

Delegasi yang mewakili pihak universiti adalah John Curtin Distinguished Profesor Dr. Ramasamy Nagarajan yang juga Dekan Penyelidikan dan Pembangunan; Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Tenaga Profesor Stephanie Chan Yen San; dan Pengurus Perhubungan Luar Muhamad Rahman Sallehin, Delegasi ini disambut mesra oleh Timbalan Menteri MEESTy Datuk Dr. Hazland Abang Hipni dan Ketua Bahagian Tenaga untuk MEESTy Ts. Dr. Nurleyna Yunus.

Menurut satu kenyataan, topik utama perbincangan ini adalah berkenaan GECOST 2024 dan bakal menyaksikan kerjasama antara dua pihak untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang kemampanan dan kelestarian teknologi yang berkaitan.

Berita lanjut dalam epaper https://stssapp.com/

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan