SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Persidangan Karbon Asia di Kuching, Mac depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Dr Hazland Abang Hipni (tengah) merakam gambar selepas sidang media Persidangan Karbon Asia 2023 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan James Ho (dua kiri).
Dr Hazland Abang Hipni (tengah) merakam gambar selepas sidang media Persidangan Karbon Asia 2023 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan James Ho (dua kiri).

KUCHING: Kepentingan inisiatif karbon dalam mengurus perubahan iklim akan menjadi tumpuan utama Persidangan Karbon Asia 2023 yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 Mac depan, di sini.

Persidangan kepimpinan industri yang seumpamanya julung kali diadakan di negara ini bakal menghimpunkan sejumlah 400 peserta dari pelbagai negara seluruh dunia.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, persidangan tersebut juga untuk membincangkan inisiatif mengimbangi perdagangan karbon di rantau Asia yang memfokuskan kepada matlamat sifar bersih.

“Ia juga sebagai platform untuk berkongsi pandangan pakar tentang hala tuju dan rangka kerja pengawalseliaan pasaran karbon serta masa depannya di rantau Asia termasuk kesan ke atas pasaran global.

“Saya juga berharap idea dan amalan terbaik yang dikongsi pada persidangan ini kelak boleh disesuaikan untuk industri karbon Sarawak,” katanya pada sidang media Persidangan Karbon Asia 2023 di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga sedang meneroka potensi dalam mengimbangi perdagangan karbon untuk membantu mencapai sasaran sifar bersihnya, inisiatif yang sejajar dengan usaha global untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah celsius dan menggalakkan pembangunan mampan.

Baca lain  Wanita warga emas lesap RM149,550

“Sarawak mengambil pendekatan proaktif untuk menangani perubahan iklim dan mempromosikan masa depan yang lebih mampan untuk rakyatnya termasuk menggubal undang-undang membenarkan aktiviti perniagaan teroka karbon dan alam semula jadi.

“Adalah penting untuk kita sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan berhubung dengan rakan industri terutamanya dari China, Indonesia dan Singapura, yang mempunyai pasaran karbon yang berkembang maju serta tenaga pakar yang bakal menyertai persidangan ini kelak,” jelasnya.

Persidangan dua hari yang bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu merupakan anjuran Argus Media dengan kerjasama Kerajaan Sarawak serta Samling Group selaku penaja dan disokong oleh Business Events Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) itu bakal berlangsung di Hotel Pullman, di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Samling James Ho.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru