ARTIKEL

Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia, batu lonjakan lahir atlet bertaraf dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persidangan Persatuan Pengurusan Sukan Asia 2023 (AASM 2023) yang akan datang penting sebagai batu lonjakan untuk Sarawak melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, ia juga bertujuan melatih dan mendisplinkan mereka yang terlibat dalam dunia sukan sekali gus mengatasi masalah salah pilih penganjur mahupun pengurus.

Menurutnya, persidangan yang akan berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos ini di Hotel Imperial di sini dengan penyertaan antarabangsa bakal memberi manfaat besar kepada pengurus dan persatuan sukan tempatan.

“Dengan lebih 50 sukan di Sarawak, platform Persidangan AASM akan menjadi peluang kepada pelbagai pengurus dan persatuan sukan untuk terlibat, termasuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan sukan.

“Kami menyasarkan penyertaan lebih 500 peserta tempatan dan antarabangsa. Kehadiran barisan profesional industri sukan dari seluruh dunia ini penting untuk berkongsi pandangan berharga tentang pengurusan yang lebih baik termasuk menyediakan kemudahan sukan dan atlet bagi memajukan industri sukan di negeri ini,” katanya pada sidang media Prapelancaran AASM 2023 di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Persidangan yang bertemakan ‘Industri Sukan Asia dan Agenda Kelestarian: Tindakan dan Pendidikan melalui Sukan’ akan menyaksikan peserta antarabangsa dari lebih 18 buah negara, antaranya Kanada, China, Hong Kong, Iran, Jepun, Korea, Arab Saudi, Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Mesir.

Peserta boleh mendaftar untuk persidangan itu di laman web di https://www.smas.org.my/aasm2023/register.php. Yuran tempatan untuk peserta individu ditetapkan pada RM750, dan RM600 untuk persatuan.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim