ARTIKEL

Persimpangan Batu 7 dan 10 dibuka semula tidak lama lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persimpangan Batu 7 dijangka akan dibuka semula kepada orang awam pada 12 Oktober nanti, manakala persimpangan Batu 10 pada penghujung bulan ini.

Unit Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, ia berikutan kerja-kerja pembinaan jejambat di persimpangan Batu 7 dan Batu 10 kini berjalan lancar.

“Kemungkinan tempoh penutupan (bermula September) yang pada asalnya diperlukan selama tiga bulan dapat dipendekkan kepada dua bulan sahaja,” kata JKR dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut juga memberitahu pihak kontraktor juga memaklumkan bahawa persimpangan Batu 6 akan ditutup bermula 15 Oktober ini bagi kerja-kerja pembinaan jejambat dan kawasan sekitarnya.

“Justeru bagi mengurangkan masalah trafik, pihak kontraktor akan menyediakan dua lorong sementara bagi laluan Kuching ke Serian dan sebaliknya,” ujarnya.

Tambah JKR, pihaknya menjangkakan jajaran jalan Kuching Serian (KSR) yang terdapat di bawah Pakej Kontrak Kerja 02 (WPC02) akan siap pada bulan Mac tahun hadapan berbanding jadual asal pada bulan April 2022 berikutan kerja-kerja pembinaan jejambat Batu 6, Batu 7 dan Batu 10 kini mendahului jadual asal.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU