Trending

Persimpangan Jalan McDougall menuju Padang Merdeka ditutup sempena Maulidur Rasul

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Penutupan jalan di persimpangan Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka sempena sambutan Maulidur Rasul, 28 September ini

KUCHING: Persimpangan Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul, 28 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, penutupan jalan tersebut dibuat pada jam 3 petang semalam, bagi kerja-kerja pemasangan pentas utama dan akan dibuka setelah majlis selesai.

Katanya, raptai akan diadakan pada Selasa, 26 September ini, bermula jam 8 pagi sehingga selesai.

“Orang ramai yang melalui Jalan McDougall menghala ke Padang Merdeka dinasihatkan untuk membuat pusingan U di hadapan Plaza Aurora.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan supaya tidak mengganggu lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru